Aktiviti Terkini

Pautan

Menu

My Cart[ 0 ]
Daftar
Log Masuk
Lupa Katalaluan

 

Ahli Terkini

1. ALIAH ATAR (Labuan)
2. Fakhrulradzi bin shuib (Kedah)
3. Erma Yanti (Johor)
4. Febriyani (Kuala Lumpur)
5. abd zahib bin mohd termizi (Perlis)
6. Ismail talib (Johor)
7. Rohayu Othman (Perak)
8. Norazzah Nordin (Selangor)
9. Jamil Bin Naim (Johor)
10. Nur Ardilla Najwa Mursin (Kuala Lumpur)

Ahli VIP

1. maizan binti othman (Pahang)
2. Jamal ()
3. Mohd Tarmizi Bin Mohd Ramly (Selangor)
4. Hazreelluzzaman Ishak (Selangor)
5. Sorene Albert (Sarawak)
6. HENRI BIN HERMAN (Pahang)
7. muhammad wafi bin kamarudin (Kelantan)
8. masliza diana moran (Selangor)
9. mastura binti rosli (Johor)
10. NORMALA BINTI ABD RASHID (Selangor)
11. FARAH SALWANI BINTI ADZLAN (Sarawak)
12. Norzihan Bt Hakim (Selangor)
13. MOHD ZULFAHMI BIN AHMAD (Kedah)
14. Yasmin Aida Ismail (Kuala Lumpur)
15. nooradila binti hashim (Kedah)
16. Noruzaima binti Mohamad Nor (Kedah)
17. Muhammad Firdaus Bin Haris (Sarawak)
18. Nor Idayu Binti Idris (Kelantan)
19. nazlin binti abdul matin (Johor)
20. Wan Surayati bt Wan Ismail (Selangor)

Statistik

Ahli:5170
Pelawat: 866218
Pelawat Online: 2
Carian RTL: 53968
Ahli VIP: 72

Kenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir

Kemaskini Pada : 14 August 2009 Disediakan Oleh : bagoosh

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik


Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.


RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai 'Paksi' untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

Siapa yang Perlukan KHIDMAT ini?

Sudut Perniagaan :
1 - Ketua-ketua Jabatan Sumber Manusia, supaya mereka dapat mengenalpasti kakitangan yang bagus, berpotensi dan paling sesuai bagi sesuatu jawatan dan mengetahui samada seseorang kakitangan itu berkeperibadian jujur atau luhur. Ia amat bermanfaat untuk sesebuah syarikat.
2 - Sesiapa yang terlibat di dalam perniagaan, sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui individu-individu yang patut mereka berurusan dalam perniagaan. Mereka juga seharusnya mengetahui hala tuju syarikat mereka.
3 - Majikan, supaya dapat mengenali perwatakan kakitangan mereka serta ketulusan rakan kongsi perniagaan.

Pencapaian Peribadi :
1 - Mengetahui siapakah sahabat anda.
2 - Mengetahui masa yang sesuai untuk menggunakan peluang - kekayaan.
3 - Mengetahui takdir orang yang dikasihi dan membimbing mereka sejak kecil.
4 - Mengetahui bagaimana untuk memilih pasangan hidup yang ideal.
5 - Mengetahui apakah penyakit-penyakit yang bakal dihidapi.
6 - Mengetahui hala tuju terbaik dan sektor kekayaan anda.

Perhubungan :
1 - Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan.
2 - Mengetahui ekiranya terdapat pergolakan di dalam perkahwinan atau penceraian dan mengambil langkah kawalan.
3 - Mempelajari cara mengelakkan perpecahan di kalangan keluarga.
4 - Mempelajari cara menjalinkan persahabatan yang sihat dan mengelakkan rakan yang tidak baik.

Adakah Kaedah Ini Sebagai Menilik Nasib?

Kaedah Sains Metafizik yang dibawakan ini adalah untuk mengenali potensi diri dan bukannya untuk menilik nasib kerana kitalah yang memilih untuk menjadikannya positif ataupun negatif. Kaedah ini berdasarkan kepada pola dan kitaran kejadian dan pengalaman orang lain yang dapat digunakan sebagai panduan untuk memilih untuk memilih.

Ingat! Kita perlu mengubah diri kita sendiri tanpa perlu tunggu orang lain malah menunggu atau meminta-minta Allah s.w.t. untuk mengubahnya. Usaha perlu dilakukan, tetapi doa dan tawakkal juga perlu kerana sebagai makhluk yang lemah disisiNya, kita perlu memohon supaya usaha perubahan yang kita lakukan itu diberkati. Tiada guna jika berusaha berubah tanpa ada keberkatan di atas usaha kita.

Allah s.w.t. menyatakan di dalam firmanNya di dalam al-Quran yang bermaksud;

"Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

Tawakkal? Adakah kita menepati konsep tawakkal?

Mari kita hayati suatu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasullah s.a.w., kisahnya begini;

Semasa sedang Saidina Umar al-Khattab r.a. ke masjid kelihatan beberapa sahabat membiarkan unta mereka tanpa ditambat.

Saidina Umar al-Khattab r.a. bertanya "Mengapa kamu tidak menambat unta-unta kamu."

Mereka menjawab "Kami bertawakkal kepada Allah s.w.t. wahai Umar. Bukankah kita kena bertawakkal kepada Allah s.w.t.?"

Saidina Umar al-Khattab r.a. menambah "YA! wahai sahabat-sahabatku, tetapi kita mesti berusaha dahulu (dengan menambat unta) kemudian baru bertawakkal."

Kita mesti berubah. Untuk berubah mesti ada caranya, jangan sampai terpesong. Tarikh Lahir Sains Metafizik ini tidak terpesong dari ajaran Islam. Malah kita akan mengenali diri kita sendiri dengan mendalam.

Sumber dari: http://tarikh-lahir-sains-metafizik.blogspot.com/

 

 

[ 1 ]